Friday, 27 January 2012
Ekonomi Malaysia-Asia
Aku setuju sangat jikalau malaysia mengalih perdagangan ekonomi serantau dengan negara-negara asia lain bersama negara asia besar seperti Chna untuk ekonomi asas tani, Jepun untuk ekonomi teknologi, Taiwan ekonomi teknolgi maklumat, Korea ekonomi hiburan dan sebagainya. Dalam pemilihan dasar ekonomi bersama Asia khususnya apabila kesemua negara-negara Asia Timur Jauh bergabung secara meluas pastinya akan wujudnya satu kuasa baru ekonomi dunia selain daripada negara-negara barat yang telah sekian lama menguasai ekonomi dunia tidak kira dari segi atonomi ataupun kekuatan ketenteraan. Jika dasar ekonomi gabungan Asia Timur Jauh ini disepakati oleh negara-negara Asia sudah pasti mimpi ngeri negara-negara barat akan menjadi kenyataan dimana dunia akan dikuasai sepenuhnya oleh negara-negara asia. Impaknya adalah amat besar seperti dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertambahnya kuasa veto yang mungkin adalah negara-negara asia besar selain daripada China yang kita boleh lihat dari segi kebangkitan ekonomi dan teknologi yang mana kita boleh lihat 5 kuasa besar dalam PBB ialah negara Amerika,Perancis, Britain(UK),Russia dan China. 5 kuasa besar ini kita sudah boleh melihat ketidakseimbangan kuasa yang dimonopoli oleh negara-negara barat yang mana apa-apa keputusan yang dibuat oleh PBB adalah berat sebelah dan memandang serong ke atas negara-negara asia terutamanya negara-negara Islam. Dan dalam PBB itu sendiri tidak ada satu pun negara-negara Islam yang menjadi kuasa veto padahal 1/3 daripada penduduk dunia adalah beragama Islam. Pertubuhan Negara-Negara Islam(OIC) pun dilihat tidak begitu aktif dalam menyuarakan pendapat ataupun aktiviti yang melibatkan ekonomi, dan apa yang aku dapat lihat adalah Malaysia sahaja yang menggembar-gemburkan Hab HALAL ini untuk ekonomi Islam serantau dan dunia. Ini merupakan langkah yang positif tetapi dimana negara-negara Islam yang lain yang hanya mendiamkan diri dan hanya berkata "BAGUS". Alangkah indahnya jika apa yang disarankan oleh Tun Dr Mahathir Mohammed dulu mengenai "Dinar Emas" digunakan oleh seluruh negara-negara islam untuk berniaga anatara satu sama lain tanpa melibatkan "U.S Dollar". Dengan kaedah menguasai Ekonomi sahaja negara-negara Islam dapat bangkit dimata dunia dan berakhirlah penindasan ke atas negara-negara membangun dan negara-negara dunia ke-3.
Subscribe to:
Posts (Atom)