Thursday, 10 April 2014

Gambir Asli Sarawak

Produk hasil hutan yang terkenal dengan khasiatnya diseluruh dunia sebagai ubat pelali dan tahan sakit yang hanya boleh diperolehi do Bhutan belantara kepulauan Borneo iaitu pulau tertua didunia atau pn boleh klasifikasikan sebagai benua terkecil do dunia. Produk ini adalah herba daripada getah kayu pokok Dan getahnya amat semulajadi untuk dunia perubatan moden.
Antara khasiat kegunaan gambit asli Sarawak yang popular adalah:

1. Untuk menahan skit Gigi.
2. Sebagai pelali until bengkak Dan 
   sengal Otot.
3. Untuk tahan lama lelaki
4. Ubat sakit perut
5. Ubat sakit kepala
6. Dan banyak lagi yang sy tidak
   Nyatakan disini.

Banyak lagi kelebihan dan misteri kegunaan gambir asli Sarawak yang masih belum ditemui Dan dikaji samada dalam dunia perubatan moden ataupun tradisional.
Produk herba ini boleh didapati did Kuching dengan amat mudah di tepi-tepi jalan, pasar-pasar serta di kedai-kedai runcit di sekitar bandar Kuching. Akan tetapi hati-hati kerana terdapatnya peniaga yang suka mengambil kesempatan ke atas pelancong-pelancong dari luar Sarawak dengan menjual produk tiruan Dan bukannya yang asli. Oleh itu kepada pengunjung ataupun pembeli hendak lah mendapat nasihat serta pertunjuk daripada orang Sarawak sendiri yang mempunyai kemahiran menentukan produk yang asli. Bak kata pepatah "Malu bertanya sesat jalan", rajin-rajin lah bertanya dan berhati-hati agar tidal tertipu. Pergi lah bertanya kepada orang yang tidak mendapat manfaat daripada penjualan produk tersebut kerana jika tanya penjual sendiri mestilah ingin melaris barang sendiri.

Melalui blog ini saya ingin mempromosikan produk yang dijual oleh rakan baik saya yang telah says pastilan ketulenannya. Insyaallah saya akan membantu sesiapa sahaja yang inginkan maklumat yang benar Dan sahih.

Akhir sekali,

Berpesan-pesanlah tentang kebenaran dan bersabar.

Yang benar dan baik datangnya daripada Allah s.w.t Dan yang buruk datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Mudah-mudahan Allah s.w.t permudahkan segala urusan Kita do dunia dan memberi balasan yang setimpal samaada didunia dan akhirat kelak.....Amin Ya Rabbana al-a'alaminn...

Pemikiran dan Amalan dalam perniagaan menurut Islam

Bagaimana pemikiran seorang ahli perniagaan yang berjaya Dan mengikut landas undang-undang Islam Dan peraturan yang ditetapkan.

Sebagai seorang Islam Kita amat digalakkan until berniaga seperti dalam nabi Muhammad s.a.w: "9/10 daripada punca rezeki adalah melalui perniagaan".

Semua cara dan sistem telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.a.w melalui sejarah Dan keperibadian baginda Dan di kuatkan lagi dengan trunnya wahyu yakni al-quran nurkareem mengenai cara, batas Dan sistem perniagaan serta cara pengurusan harta.

Sebagai Muslim yang sejati Kita Islam bukanlah hanya sekadar agama semata-mata tetapi Islam adalah Satu sistem kehidupan Dan diturunkan nabi Muhammad s.a.wmelalui sunnahnya Dan al-quran itu sebagi petunjuk Dan pedoman until kehidupan manusia seluruh alam yakni khalifah atau pentadbir alam yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t dengan keunikan akal fikiran yang mampu berfikir dengan waras Dan merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan Allah s.w.t bahkan lebih mulia Dari malaikat-malaikat yang diciptakan daripada Cahaya Dan tidak memiliki hawa nafsu.

Dalam blog entry ini, apa yang ingin saya tekankan adalah sifat lurus iaitu berterus terang walaupun pahit ditelan Dan dengar, jujur, amanah Dan akhir sekali senjata yang amat berkuasa di dunia yang Allah kurniakan untuk hambanya iaitu doa Dan diiringi dengan usaha serta tawakkal.

InsyaAllah semua urusan Dan perkara yang kita lakukan akan mendapat balasan yang setimpal.

Akhir sekali,

Demi masa...Sesunggahnya manusia ITU dalam kerugiaan...Melainkan Orang-orang yang beriman Dan beramal soleh...Dan yang berpesan-pesan keatas kebenaran Dan Dengan penuh kesabaran.

Sesunggunya Allah s.w.t sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar.

Allah sentiasa mendengar doa-doa hambanya.

Yang baik itu semuanya datang daripada Allah s.w.t yang maha besar dan segala yang buruk adalah datang daripada Hambaya ini yang Omaha kerdil Dan lemah....

Thursday, 27 March 2014

Minda Kelas Pertama: HARI PERTANIAN

Minda Kelas Pertama: HARI PERTANIAN: HARI PERTANIAAN MEDAN NIAGA SATOK Kuching, Sarawak Aku punye idea untuk medan niaga satok untuk menarik ramai crowd daripada berbagai bang...

Tuesday, 6 November 2012

HARI PERTANIAN

HARI PERTANIAAN MEDAN NIAGA SATOK Kuching, Sarawak

Aku punye idea untuk medan niaga satok untuk menarik ramai crowd daripada berbagai bangsa yang bukan hanya dari kalangan melayu sahaja tetapi daripada pelbagai lagi bangsa yang terdapat di Sarawak ini.
Aku nk buat satu hari untuk MNS ini iaitu Hari Pertanian MNS yang bukan hanya diadakan sehari je tetapi pada setiap bulan untuk membuka mata masyarakat sekitar tentang produk-produk tempatan yang hanya bukan sekadar kek lapis dan ikan terubok bahkan di sarawak ini kita dah menternak ostrich, unta dan sebagainya sebagai sumber pertanian. Banyak lagi hasil pertanian kita iaitu hasil tempatan yang kita tidak eksposekan kepada masyarakat setempat kita. Bende-bende macam ini lah aku nk buat untuk MNS,tetapi tak tahu lah jadi ke tak aku nk pattern kan untuk aktiviti ni kt MNS asalkan aku dapat support daripada masyrakat sekitar Kuching bujkan sekadar Kuching sahaja tetapi seluruh Malaysia amnya di samping itu aku nk cube menarik peniaga-peniaga daripada luar negara untuk memperkenalkan produk-produk tempatan. Ini jugak boleh menambah pendapatan peniaga tempatan dan negara sekaligus.

Thursday, 8 March 2012

SarAwaKian

lama dah aku tak menulis dalam blogg ni, apa yang aku fikirkan sekarang adalah gaya hidup kita di sarawak secara am nya di malaysia. pencarian sumber rezeki dan mata pencariaan dari mana datanganya samaada halal ataupun tidak. tidak di nafikan banyak gerai-gerai makanan yang tidak halal di kuching. ini menyebabkan warga negara kita dari semenanjung was-was untuk bertandang di mana-mana gerai makanan di sarawak. tambahan lagi dengan tuan empunya kedai seiras muka cina kacukan.apa kan daya di sarawak telah lama mengamalkan satu MALAYSIA iaitu duduk sekampung berbilang kaum tak kira cina dan melayu semunya duduk sebumbung. keharmoniaan yang kita rasai hari ini adalah hasil usaha pejuang-pejuang negara KITA.

Friday, 27 January 2012

Ekonomi Malaysia-Asia

Aku setuju sangat jikalau malaysia mengalih perdagangan ekonomi serantau dengan negara-negara asia lain bersama negara asia besar seperti Chna untuk ekonomi asas tani, Jepun untuk ekonomi teknologi, Taiwan ekonomi teknolgi maklumat, Korea ekonomi hiburan dan sebagainya. Dalam pemilihan dasar ekonomi bersama Asia khususnya apabila kesemua negara-negara Asia Timur Jauh bergabung secara meluas pastinya akan wujudnya satu kuasa baru ekonomi dunia selain daripada negara-negara barat yang telah sekian lama menguasai ekonomi dunia tidak kira dari segi atonomi ataupun kekuatan ketenteraan. Jika dasar ekonomi gabungan Asia Timur Jauh ini disepakati oleh negara-negara Asia sudah pasti mimpi ngeri negara-negara barat akan menjadi kenyataan dimana dunia akan dikuasai sepenuhnya oleh negara-negara asia. Impaknya adalah amat besar seperti dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertambahnya kuasa veto yang mungkin adalah negara-negara asia besar selain daripada China yang kita boleh lihat dari segi kebangkitan ekonomi dan teknologi yang mana kita boleh lihat 5 kuasa besar dalam PBB ialah negara Amerika,Perancis, Britain(UK),Russia dan China. 5 kuasa besar ini kita sudah boleh melihat ketidakseimbangan kuasa yang dimonopoli oleh negara-negara barat yang mana apa-apa keputusan yang dibuat oleh PBB adalah berat sebelah dan memandang serong ke atas negara-negara asia terutamanya negara-negara Islam. Dan dalam PBB itu sendiri tidak ada satu pun negara-negara Islam yang menjadi kuasa veto padahal 1/3 daripada penduduk dunia adalah beragama Islam. Pertubuhan Negara-Negara Islam(OIC) pun dilihat tidak begitu aktif dalam menyuarakan pendapat ataupun aktiviti yang melibatkan ekonomi, dan apa yang aku dapat lihat adalah Malaysia sahaja yang menggembar-gemburkan Hab HALAL ini untuk ekonomi Islam serantau dan dunia. Ini merupakan langkah yang positif tetapi dimana negara-negara Islam yang lain yang hanya mendiamkan diri dan hanya berkata "BAGUS". Alangkah indahnya jika apa yang disarankan oleh Tun Dr Mahathir Mohammed dulu mengenai "Dinar Emas" digunakan oleh seluruh negara-negara islam untuk berniaga anatara satu sama lain tanpa melibatkan "U.S Dollar". Dengan kaedah menguasai Ekonomi sahaja negara-negara Islam dapat bangkit dimata dunia dan berakhirlah penindasan ke atas negara-negara membangun dan negara-negara dunia ke-3.